What a week
admin October 21st, 2008
I want to write this post in Malay language..
Saya berasa sungguh penat setelah berhari-hari membuat kerja dan berjalan2 tanpa berehat. Saya telah kembali dari Washington, DC pada hari Ahad. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat berjalan-jalan dan hanya membayar sebanyak $37 untuk sewa kereta, tol dan juga minyak. Murah, bukan? Hal ini kerana MSD ada memberi subsidi sebanyak $25 seorang.
Saya bangga dengan diri sendiri kerana saya memandu lebih dari 5 jam dalam satu hari. Saya amat berterima kasih kepada Syafiq, Bobo, Redz dan Syaz kerana sentiasa menghiburkan saya sewaktu dalam kereta. Saya telah dilayan bagai puteri. Redz tolong angkat handbag saya manakala Syaz pula menangkat kamera saya. Syafiq dan Bobo pula menjadi tukang baca GPS dan tukang tengok jalan walaupun kami sentiasa sesat. Tapi, alhamdulillah kerana telah membeli GPS. Jika tiada GPS, kami akan sesat dengan lebih teruk.
Saya juga berterima kasih kepada pihak MSD, Ustaz –> kerana bagi kami tumpang tidur di rumahnya, dan juga kepada Cik Siti yang memberikan banyak botol kicap dan sos cili Lingam’s. Nasib baik Cik Siti bagi banyak sebab Redz telah memecahkan tiga botol kicap di hadapan CPA. Tiada rezeki nampaknya. Nasib baik ada banyak botol kicap.
Saya sangat letih sebab hari-hari ada je bende yang nak dibuat. Hari ini saya ada temuduga dengan Susquehanna (SIG). Tapi orang tu tak dapat datang, maka, temuduga melalui telefon sahajalah. Saya harap saya berjaya kerana saya sangat ingin bekerja dan menetap di bumi Amerika. Amin, ya Allah.
Saya juga ada midterm petang ini dan juga project yang perlu dihantar. Saya kene kurangkan bermain2. Hujung minggu ini, pelajar-pelajar segar mengajak saya berjalan2 di Princeton University. Harituh saya cakap okay. Tapi saya rasa saya terpaksa tolak sebab nak catch up dengan kerja2 saya - dan juga berehat.
Doakan saya ye =) Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Lepas nie saya tulis lagi pengalaman saya di Washington, DC.